APLIKASI RAMADHAN CHECKLIST
APLIKASI RAMADHAN CHECKLIST
Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh muslimin dan muslimat.Kami dari PI kg Kemus mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 2016 bersamaan 1437H
Sejajar dengan ibadah puasa yang menjadi tuntutan utama bagi seluruh umat islam kami telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi komuniti setempat.
Terkini ,Team Islamic Content telah mengeluarkan satu produk untuk digunakan semasa menjalani ibadah ramadhan. Aplikasi ini dinamakan Ramadhan Checklist.
Aplikasi RAMADHAN CHECKLIST dibangunkan dengan tujuan untuk membantu umat Islam khususnya, untuk memudahkan perjalanan aktiviti ibadah pada bulan Ramadhan. Melalui aplikasi ini, anda akan dapat merekod aktiviti ibadah disamping memantau dan mengingatkan diri sendiri tentang kewajipan ibadah yang perlu dan akan dilakukan setiap hari.
Bagi yang ini menggunakan aplikasi kami sila ke https://play.google.com/store/apps/details?id=com.msd.checklistramadhan
