Tabika Perpaduan dan KRT Taman Sri Naning
Baru -baru ini PI KG KEMUS ada mengikuti program Pesta ponggal yang di anjurkan oleh Tabika Perpaduan Taman Sri Naning dengan Kerjasama KRT Taman Sri Naning.Program telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat DUN Taboh Naning , YB Latipah Binti Omar .Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Program, di antaranya Pertandingan Memasak Manisan , Pertandingan Mewarna poster Serta Pertandingan Mebuat Kolum. Selain daripada itu kami juga turut memberi sedikit taklimat berkaitan perkhidmatan dan taklimat dashboard . Kami juga telah mebuat Kuiz Klik Dengan Bijak dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir pada hari tersebut.Berikut butiran Program
TEMPAT : Balai Raya Taman Sri Naning
MASA : 9.00pg – 1.00tgh hari
TARIKH : 05/02/2017

Persediaan Tempat

Pertandingan Mewarna kategori kanak-kanak tabika

Pertandingan memasak manisan kategori ibu bapa kanak-kanak tabika

Pertandingan menghias dan membuat kolum

Taklimat Dashboard dan kuiz KDB oleh PI Kg Kemus

Sesi Penyampaian hadiah Oleh YB Latipah Binti Omar

Sesi Jamuan Makan Tengah Hari VIP