Kelas Membuat Roti Bersama Ahli Pusat Internet Malaysia

Persatuan Wanita | 18 October 2016

16 Oktober 2016  PI1M Sri Pengkalan telah mengadakan satu program “Kelas Membuat Roti” bertempat di Chalet Warisan Bonda Melaka Pindah. PI Kg.Kemus turut terlibat dalam membantu menjayakan program. Lebih 30 orang telah menghadiri kelas tersebut. Pelbagai Acara telah dijalankan seperti  sesi memberi tips membuat roti, Jualan lansung usahawan PI, Taklimat Dashboard dan Perkhidmatan PI dari petugas, dan cabutan bertuah. Setiap peserta di bekalkan bahan-bahan membuat roti dengan mendaftar sebanyak RM10. 

IMG-20161016-WA0011

IMG20161016104559

Demonstrasi secara lansung cara-cara membuat roti dari cikgu Siti

IMG20161016115752

Taklimat dan promosi dari staf FAMA

IMG20161016120732 1

Cabutan Bertuah dimenangi oleh Pn.Rahimah

IMG-20161016-WA0006

Jualan Lansung oleh Usahawan PI

 

 

Bersama ini saya lampirkan resepi untuk percubaan anda dirumah

 

RESEPI BASIC ROTI

 

Bahan A

-Yis 1 paket (11 gram)

-1 cawan air suam

-4 sudu gula

-2 sudu susu pekat

CARA-CARA

Campur semua bahan di atas, tunggu dlm 10 minit. Jika berbuih, itu tandanya yis dlm keadaan baik dan boleh digunakan.

* Nota : gunakan bekas yang besar bagi campuran Yis kerana ianya akan berbuih dan mengembang. Jika guna bekas kecil ianya akan melimpah.

Selepas 10 minit campurkan 1 biji telur.Gaul sehingga sebati.

yis-kembang

Bahan B

3 1/2 cawan Tepung Gandum

2 sudu planta

CARA-CARA

Gaul tepung dan planta dengan sebati. Seterusnya masukkan bancuhkan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Bancuhan yisi itu mengikut kesesuaian tepung. Bancuhan yis perlu dimasukkan sedikit-sedikit bukan kesemuanya. Jika tidak doh akan menjadi cair dan melekat-lekat. Masukkan yis dan tepungsehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli dan uli sehingga doh lembut dan licin.

Rehatkan doh dalam sejam.Doh akan kembang sehingga 2 kali ganda. Pukul-pukul dan tumbuk adunan, untuk mengeluarkan angin di dalam doh. Uli doh untuk bun atau roti idaman anda.

IMG20161016110953

Selepas dibentuk, biarkan doh atau rehatkan doh untuk mengembang dan lembut. Sapukan marjerin cair atau bancuhan kuning telur untuk mendapatkan warna yang cantik.

IMG20161016121003

Bakar 150 darjah celcius sekitar 20-30 minit mengikut kesesuaian oven anda.

IMG20161016120952

TIPS

Selepas siap, sapu lagi sekali dengan susu cair atau marjerin bagi menjadikan roti lembut dan kekal gebu.

IMG20161016120947