BAZAR RAYA NADI 2026

Program Bazar Raya NADI 2026 akan diadakan pada 14 Mac 2026 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di NADI Kampung Kemus, Taman Sri Naning.
Program ini dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di samping memberi peluang kepada komuniti setempat menjalankan aktiviti jualan seperti juadah raya, makanan tradisional, barangan keperluan dan produk tempatan.
Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan komuniti serta mempromosikan peranan NADI sebagai pusat komuniti digital yang aktif dan inklusif.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan menyokong usahawan komuniti setempat.