PROGRAM GOTONG ROYONG
PROGRAM PENCEGAHAN DEMAM DENGGI
Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes denggi di sekitar Kawasan Taman Sri Naning,ini berikutan cuaca dan suhu yang lembab menyebabkan takungan air di sekitar kawasan yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes. Susulan peningkatan kes demam denggi di sekitar Kawasan Alor Gajah,Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi kesihatan bersama-sama melancarkan program membasmi pembiakan Nyamuk Aedes.
Objektif program untuk memupuk sifat keprihatinan serta komitmen yang tinggi di kalangan penduduk setempat tentang pencengahan awal pembiakan nyamuk Aedes.Selain itu,membantu mewujudkan persekitaran yang bersih,selamat,kondusif serta bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.Aktiviti ini dijalankan bersama Agensi Kesihatan Daerah Alor Gajah,MPAG dan Southern West Management yang mana ia turut menyediakan perkhidmatan semburan kabus “fogging”.
Selain itu ,pendedahan awal tentang cara pengawalan dan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes di rumah juga diberi oleh Jabatan Kesihatan Daerah Alor Gajah.Ia bagi membantu penduduk setempat mendapat pengetahuan tentang “Bagaimana Nyamuk Aedes Membiak” dan “Cara-cara mencengah Pembiakan Nyamuk Aedes”.
Selepas itu , Pembahagian dan taklimat awal diberi sebelum gotong-royong dimulakan.Semua penduduk memberi kerjasama yang baik sewaktu program dijalankan.

Gambar 1 :Perhimpunan awal bersama penduduk dan agensi-agensi.

Gambar 2 : Taklimat tentang program serta pembahagian tugas

Gambar 3 : Penduduk dan agensi berkerjasama dalam membersihkan persekitaran Taman Seri Naning.

Gambar 4 : Penyemburan asap “fogging” oleh Jabatan Kesihatan Daerah Alor Gajah
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
Deman denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan maut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.
Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Selain itu, kita boleh menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.
Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.
Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.
Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
TANDA-TANDA AWAL DEMAM DENGGI
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.