Fiona Kitchen

Keusahawanan | 13 February 2018

Puan Fatin Nurain seorang suri rumah. Beliau mempunyai minat dalam bidang usahawan dan mula berjinak2 perniagaan di talian sejak 2015. Beliau akhirnya menjalankan perniagaan doorgift secara atas talian (online) atas jenama beliau sendiri “Fiona Kitchen”.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kemus, beliau telah memiliki akaun facebook bagi produknya  sendiri dan mempromosikan  produk-produk  beliau. Kumpulan sasar pelanggan beliau meliputi sekitar kawasan melaka dan kini beliau telah mengembakan pasaran ke negeri-negeri yang lain melalui perkhidmatan pos. Puan Fatin Juga menerima tempahan makanan delivery melalui tempahan dalam talian. Beliau juga kini mempunyai akaun rasmi Instagram produknya. Pendapatan belaiu kini melebihi RM 3000 sebulan melalui tempahan pelanggan dari akaun facebook, Instagram da juga aplikasi whatsapp.

Kami Sebagai petugas di Pusat Internet 1Malaysia sering membantu beliau mempromosikan perniagaan beliau melalui laman-laman web ushawan serta  memberi tunjuk ajar kepada beliau sekiranya beliau kurang faham tentang sesuatu perkara. Kebiasaannya Puan fatin sering datang ke Pusat Internet untuk mendapat capaian internet yang baik bagi menjawab permintaan pelanggan-pelanggan beliau.

Kepada anda yang berminat dengan produk yang dipasarkan oleh Puan Fatin anda boleh hubungi beliau

www.wasap.my/60143405189