Kempen KDB

Maklumat Am | 20 November 2016

 

KEMPEN “KLIK DENGAN BIJAK” DAN DASHBOARD KOMUNITI

 

PENYERTAAN

Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 seramai 150 orang.

 

TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh  :           23 November 2016

Hari     :           Rabu

Masa   :           8.30 pagi – 2.00 petang

 

LOKASI

Pusat Sumber SMK Munshi Abdullah.

 

TENTATIF PROGRAM

9.00 pagi         : Pendaftaran Program / Pembahagian Kumpulan

9.30 pagi         : Pengenalan PI dan Taklimat KDB / e-Waste / Dashboard Komuniti

10.15 pagi       : Rehat (pelajar)

10.45 pagi       : Pembahagian kumpulan dan penerangan pertandingan

11.00 pagi       : Pertandingan dalam kumpulan dan pertandingan antara kumpulan

1.00tengahari  : Penyampaian Cenderahati / Bersurai

 

 

PENGENALAN

Klik dengan Bijak” (KDB) yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Ia merupakan satu Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh SKMM. Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Kempen ini juga telah dipelbagaikan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti :-

  1. Mobilee-Waste
  • Pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya. Selain itu, kesedaran terhadap kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah serta pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
  1. Aplikasi dashboard
  • Aplikasi dibina sesuai untuk komuniti yang terlibat dengan PI dalam usaha merapatkan lagi PI dengan komuniti.
  1. 3.Modul Pembelajaran
  • Pihak PI menyediakan semua modul pembelajaran untuk diberikan kepada semua peserta program yang masih bersekolah. Harapan dari pihak PI, modul ini akan digunakan oleh peserta sebagai panduan dan mengaplikasikan KDB dalam kehidupan seharian dan menjadi rujukan pada masa akan datang