Anda peminat tegar minuman kopi? Inginkan kepelbagaian rasa kopi campuran? Masih terbeban dengan pemikiran stereotype yang menyatakan kopi tidak baik untuk kesihatan? Anda salah!! Singkirkan pemikiran negatif tersebut dan ketahuilah antara kebaikan kopi:
1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 – 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!
3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.
4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.
5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
(sumber: http://www.cikguhailmi.com/2013/02/sains-7-kebaikan-minum-kopi-yang-tak.html )
Mari nikmati kopi dengan pelbagai pilihan campuran beserta susu dan ais yang pasti menyegarkan minda dan merangsang tunas rasa anda dengan pengalaman yang mengagumkan di “SMACK COFFEE” yang dimiliki oleh tiga sekawan, Said Iqbal bin A. Roslan (22), Mohd Fa’izunurrahim bin Norsyahidzan (22) dan Muhammad Hilmi bin Kamarulzaman (22), berasal dari Kampung Paya Datuk, Alor Gajah, Melaka.
Iqbal dan Fa’iz mempunyai kelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Penerbangan manakala Hilmi pula lulusan diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. Namun, atas angan-angan rakan sekampung dan sepermainan, mereka akhirnya telah merealisasikan impian untuk mempunyai perniagaan sendiri dan idea “SMACK COFFEE” ini tercetus daripada perniagaan kafe minuman kopi milik rakan mereka yang lain. Mengambilkira kebaikan ataupun kelebihan minuman kopi ini dan keadaan pasaran minuman yang berdaya saing menambahkan lagi tekad anak-anak muda ini. Gerai mereka dibuka pada 1 Disember 2015 di lokasi Taman Sri Naning, Kampung Kemus, Simpang Empat dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM 2000.00 hasil perkongsian mereka bertiga.
Pemilik bersama “SMACK COFFEE”, dari kiri Fa’iz, Hilmi dan Iqbal
Setiap hari, perniagaan “SMACK COFFE” akan beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 7 malam kecuali hari Jumaat yang dibuka selepas waktu solat Jumaat iaitu pada pukul 3 petang. Setakat ini, terdapat 9 pilihan perisa campuran kopi iaitu:
v – Strawberi – Latte
v – Vanilla – Mocha
v – Coklat – Cappucino
– – Teh Hijau – Espresso
v – Teh Merah
Bila diajukan tentang rancangan masa hadapan, anak-anak muda ini mahu membuka sebuah kafe di pusat bandar dan seterusnya membuka cawangan di serata Malaysia dengan jenama minuman kopi mereka ini iaitu ‘SMACK COFFEE’ serta mempelbagaikan produk mereka termasuklah makanan.
Jadi kepada semua peminat minuman kopi, kenapa perlu membeli minuman anda di franchise luar negara dengan harga yang lebih mahal sedangkan anda boleh mendapatkannya di “SMACK COFFEE” dengan harga berpatutan dan kualiti rasa yang sama? Marilah bersama menyokong jenama dan produk peniaga tempatan kita. Semoga perniagaan tiga orang anak muda ini terus berjaya dan berkembang.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi mereka melalui aplikasai whatsapp di talian 011- 26087412 dan boleh ikuti “SMACK COFFEE” di laman sosial facebook: @smackcoffee dan instagram: #smackcoffeeshop