Sambutan Hari Perbandaran Ke -13
PROGRAM SAMBUTAN HARI PERBANDARAN MPAG KE 13

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Untuk maklumat penduduk setempat Sambutan Hari Perbandaran ke -13 Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi tahun 2016 diadakan di Dataran Keris Alor Gajah dengan pelbagai aktiviti bermula dari 23-30 April.Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program.
Antara aktiviti yang dijalankan :-
25 APRIL 2016 : (08.30a.m) Perasmian Pelancaran Sistem Pemantauan CCTV, Program Bandar
Selamat Majlis Perbandaran Alor Gajah
28 APRIL 2016 : (08.30a.m) Konvoi Bantuan Persekolahan kepada pelajar anak yatim miskin
29 APRIL 2016 : (09.00p.m) Ceramah Agama dari YBhg Ustaz Dato’ haji Mohd Najmuddin bin Elias
Al-Hafiz
30 APRIL 2016 : (07.30a.m) Senamrobik dan Pertandingan Zumba
(08.30a.m) Kayuhan Santai (Alor Gajah Car Free Zone Programe)
(10.00a.m) Majlis Pecah Tanah Bangunan baru MPAG @ Jelatang
(10.00a.m) Battle Of Da Buskers
(08.00p.m) Perasmian Sambutan Majlis Perbandaran MPAG Ke-13 Tahun.2016