BUBUR LAMBUK SURAU AS-SOBIRIN TAMAN SERI NANING 1437H/2016M
Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan 1437H/2016M dibawah kelolaan Surau As-Sobirin Taman Seri Naning
Tarikh : 16 Jun 2016 (khamis)
Masa : 3.00 petang
Lokasi: Surau As-Sobirin Taman Seri Naning
Sempena Bulan Ramadan, JPP dengan kerjasama Surau As-Sobirin Taman Seri Naning telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sepanjang bulan Ramadan.Program ini dapat membantu mengimarahkan lagi aktiviti penduduk setempat bersama pihak surau sempena bulan Ramadhan 1437H/2016M.Selain itu Juga memberi peluang kepada orang ramai bagi menikmati bubur lambuk sewaktu berbuka puasa.
Aktiviti dijalankan bersama Penduduk setempat,secara bergotong royong dalam menyediaan bahan-bahan bubur lambuk Penduduk berkumpul di surau bermula jam 3.00ptg bagi meyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Mulai jam 4.30ptg bubur sudah mula di agihkan kepada penduduk setempat.
Program agihan bubur lambuk percuma di biayai dari sumbagan ikhlas dari penduduk setempat.Ia program kebajikan yang dijalankan oleh organisasi Surau As-Sobirin Taman Seri Naning sepanjang bulan Ramadan ini.
Penghargaan diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk.

proses memasak bubur lambuk sedang giat dijalankan

penduduk setempat bergotong-royong dalam prose memasak bubur lambuk

proses membungkus bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai

bubur lambuk sudah sedia untuk diedarkan