TIPS PEMAKANAN DI BULAN PUASA (KKM)
Pusat Internet 1Malaysia Kg Kemus ingin berkongsi TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
- Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
- Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
- Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
- Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
