Puan Dayang Razlina bt. Md. Yunos

Persatuan Wanita | 5 January 2016

Keropok lekor, sejenis snek tradisi yang digemari segenap golongan masyarakat sehingga ke hari ini. Snek tradisi ini juga lebih berkhasiat berbanding snek-snek segera atau makanan ringan(junk food) lain yang terdapat di pasaran. Hal ini kerana bahan utama keropok lekor merupakan isi ikan yang menjadikan ia makanan berprotein tinggi dan kaya dengan iodin semulajadi.

Perkataan “Lekor” bermaksud “Lingkar” dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar.

(sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor)

Puan Dayang merupakan antara anak kelahiran Melaka yang juga seorang wanita, menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Bermula dari bulan April 2015, beliau bersama suami mengusahakan gerai makanan ringan di Jalan 1, Taman Sri Naning, Simpang Ampat, Alor Gajah. Suaminya berasal dari Perak.

Antara item/menu wajib di gerai beliau adalah keropok lekor. Selain itu terdapat juga beberapa juadah lain termasuklah karipap, pisang goreng dan bihun atau kadangkala nasi lemak bungkus. Ibu kepada 2orang anak ini  berkata, beliau mendapatkan bekalan keropok lekor daripada ibu mertuanya yang menetap di Perak. Keropok buatan ibu mertuanya ini menggunakan ikan selayang, dan ternyata keropok lekor buatan tangan ibu mertuanya ini mempunyai tekstur yang halus selain bebas tulang temulang. Katanya lagi, selang 3 bulan sekali beliau dan suami akan pulang ke Perak untuk mengambil bekalan keropok lekornya.

Menurut Puan Dayang juga, beliau dan suami memulakan perniagaan ini menggunakan modal mereka sendiri dan bermula secara kecil-kecilan. Namun ternyata kini dengan sambutan yang tak putus-putus diterima setiap kali mereka membuka gerai, beliau dan suami sedang merancang untuk membesarkan skala perniagaan mereka dan akan memohon pembiayaan daripada Amanah Ikhtiar(AI) ataupun Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN). Semoga perusahaan mereka terus berjaya dan semakin berkembang.  

PuanDayang1  PuanDayang2

 

PuanDayang3  PuanDayang4

 

PuanDayang7  PuanDayang6